Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Wartawan portal Surat Khabar Mesir al-Ahram kelmarin melaporkan, "Sejak China memperkenalkan Tehran sebagai tempat persidangan NAM, Israel semakin tidak tenang dan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan penyertaan pemimpin-pemimpin dan wakil negara dalam sidang tersebut.Zionis - Israel mengambil tindakan tersebut setelah Ayatullah Sayid Ali Khamenei dan Ahmadi Nejad mengumumkan Israel sebagai penyakit dan masalah besar dunia Islam pada hari Ahad lalu.Dengan halatuju Iran, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menggesa Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon agar tidak melawat negara ini untuk mengambil bahagian dalam persidangan. Israel juga menganggap perjalanan Ban Ki Moon ke Tehran sebagai sebuah kesilapan besar.Tel Aviv juga bertindak demikian setelah Mesir menganggap persidangan NAM di Tehran adalah sangat penting.Sementara itu surat khabar Mesir menulis, keputusan Presiden Mesir Muhammad Mursi menyebabkan kemarahan para pemimpin Israel. Media-media Israel yang sedar dengan ancaman Iran ke atas negara Israel dan sekutunya mula mengkritik kehadiran Mesir dalam persidangan NAM dengan mempersoalkan pendirian Mesir sekiranya Zionis menyerang Iran. Apakah Mesir akan duduk mendiamkan diri atau hubungan dua negara itu akan terjejas? Media-media tersebut memaklumkan perjalanan Mursi ke Tehran akan menimbulkan pertanyaan tentang masalah masa depan serantau dan hubungan Tel Aviv dan Kaherah sedangkan perkembangan Mesir di zaman Muhammad Mursi menyaksikan perubahan ketara negaranya dalam hubungan luar.Dari perspektif lain Ali Larijani sangat menghargai keazaman Mesir untuk menghadiri persidangan ini yang akan mengeratkan lagi hubungan Tehran - Kaherah. Padahal Iran dan Mesir tidak pernah mempunyai sebarang hubungan diplomatik sejak kemenangan revolusi Islam Iran.
26 Ogos 2012 - 19:30
News ID: 340079
Akhbar al-Ahram melaporkan berita sidang kemuncak negara-negara berkecuali di Tehran, meragut ketenangan regim Zionis